Nov 19, 2010

Tutup Mulut Kau Tu



Shut your mouth up!

Assalamualaikum

Title macam nak marah orang. Tapi memang pun tapi aku tak berani la. Baru baru ni, eh tak baru je tadi aku ada pergi ke majlis pertunangan jiran aku tapi aku tak kenal pun dia sebab tak rapat pun. Mak aku yang ajak. Pergi pun dah lambat sebab nak tunggu aku siap memang forever-lah. Pergi pergi dah pukul 1 tengahari dan orang masjid semua dah balik dan tinggal dua tiga kerat je yang sedang menjamu nafsu selera dengan juadah tengahari yang disediakan. Majlis pertunangan pun dah selesai lama dah. Kelibat orang pakai baju lawa lawa schmart schmart pun dah takde. Maksud aku pasangan yang nak bertunang bukan aku nak cakap aku pakai baju tak lawa okay.


Bukan aku


Anyway apa yang aku nak sampaikan disini ialah sikap orang melayu sekarang atau lebih betul lagi sikap orang islam sekarang. Sedang sedang aku melayan perasaan tengah makan brunch tu (aku tak breakfast lagi sebab bangun lambat) azan pun berkumandang. Suara azan memang agak kuat kerana kedudukan masjid yang tidak jauh dari situ. Satu jalan dengan jalan yang didirikan khemah itu. Eh dah zuhur lah, aku berkata dalam hati.



Laungan azan



Tapi apa yang aku lihat dan dengar, mereka mereka yang sebelum ini rancak bersembang bergurau senda mengutuk memuji sesama mereka masih lagi bising pok pek pok pek tak reti nak tutup mulut. Agaknya mereka kurang mendengar gamaknye, atau bahasa kasar adalah pekak. Atau yang tak pekak tu buat buat pekak. Eh tapi yang hairannya mereka mendengar sesama mereka. Hmm. Pathetic.


Hanya gambar contoh


Aku terdiam seribu bahasa. Dalam hati aku sedih sangat dengan sikap mereka yang tak menghiraukan azan. Kalau ya pun nak sembang dah dengar azan tu kalau tak nak pergi masjid pun diamlah sebentar tanda menghormati azan. Tak beradab namanya kalau dengar azan tapi masih lagi mulut bising menyembang.

P/s: aku tak zuhur lagi alamamak !

Gambar gambar yang adalah hasil carian Google.






No comments: