Jun 8, 2011

Life Without Suffer Is A Fairytale

Assalamualaikum.

Cantik. Wonderful.

Pabila aku mula berfikir yang hidup ini tidak indah buatku, suram bagiku, aku mula sibuk ingatkan diri yang, hey I have my precious family. My friends, my beautiful and lovely friends whom I missed so much. And the most wonderful things ever, I have Love. Yes, Love. No human can live without love nor exist without it. But do you know, that love also can make us suffer? Hell Heaven yes.


But hey, who doesn't suffer? Setiap inci manusia yang aku kenal pernah menderita, jasad mahupun jiwa, perut mahupun hati, otak mahupun akal. Jadi, aku mula kuatkan hati dah diri untuk menerima apa yang telah dan sedang berlaku ini sebagai ujian Tuhan. That is the only solution that soothes me. 

Love, loved.


Apr 27, 2011

rindu buat dia

Assalamualaikum, salam ukhuwah...

rindu. sangat rindu. apa tu ? rindu ? ya, rindu. suatu perasaan yang syahdu. rindu buat dia. masa yang dilalui bersama sama tika suatu masa yang dulu. duka gembira pahit bahagia semua bersama. bergelak ketawa, tangis menangisi, berjalan berpimpin tangan, berdua berkongsi kisah kita dan segalanya. kisah terulit memori tercipta. walau seketika, walau terpisah, kenangan bersama tak mungkin terlupa.

kita tetap kawan
di mana aku ? di mana dia ? dimana salahku ? dimana salah dia ? apa yang menjarakkan kita kini ? dimana salah silapnya yang membuatkan kita berenggang tika saat ini. apa yang mencemburui kita sehingga kita kini seperti tidak kenal antara satu sama lain. hari berganti hari, minggu berganti minggu, masa semakin menjauhkan kita. walau bertembung mata, walau berselisih bahu, walau berjalan beriringin, tiada sekuntum senyuman, tiada pandangan syahdu. hanya hati yang pilu. kian pilu, kian merana, kian terguris.


sekali lagi, hanya ini yang mampu terlintas di benak fikiran yang makin serabut ' dimana salahnya? '. adakah aku yang merosakkan semua ? adakah aku yang teruk dan jahat sehingga melempar jauh hubungan kita ? aku kah yang bersalah ? aku kah yang berdosa ? aku kah ? aku ? aku.....huh ! penat. ya, sangat penat mengenangkan semua yang berlaku. apakah hikmah disebaliknya ? tunjukkan lah.. mungkin bukan kini, mungkin bukan esok, mungkin suatu hari nanti. bakal tiba. insyaAllah..



di sini. ku titipkan doa buat mu sahabat....


Ya Allah,

Sahabat saya tak seperti sahabat Nabi saw,
Sahabat Nabi setia di sisi,
Sahabat saya datang dan pergi


Ya Allah,

Saya muhasabah,
menerawang sendiri,
Dari kecil ke saat ini,
Ramai sudah bertandang di hati,
Ramai juga yang datang dan pergi.


Ya Allah,

Sahabat ketawa,
saya gembira,
Sahabat sayu,
saya syahdu,
Sahabat layu,
saya pilu,
Sahabat cemerlang,
saya gemilang


Ya Allah,

Kawan saya,
sahabat saya,
Rahmati kami meniti usia,
Terpisah kami di alam nyata,
Temukan semula di taman syurga.


Ya Allah,

Sahabat saya,
buah hati saya,
Mesra kami penawar duka,
Rindu kami menambah cinta
Rajuk kami membuah ceria.



Ya Allah,

Silaturrahiim kami,
ukhwah fillah,
Bermusuh kami,
na`uzubillah,
Berpisah mati,
insyaAllah
Pengubat hati,
do`a rabitah



buat sahabat sahabat sekalian, buat yang masih setia berada disisi, buat yang masih tidak jemu memanggil sahabat, doa dititip untukmu. salah dan silap kelemahan diri, maaf mengiringi tiap kesalahan diri. maaf. sejuta kali maaf. maaf tidak berbelah bahagi. maaf.



 Hiduplah dengan penuh kemaafan, dan hidup ini lebih indah bila  kita hanya tahu berkasih sayang.”

sahabat sampai akhir :)




Apr 14, 2011

Ingat ALLAH :)

Assalamualaikum..

Yeah. Alhamdulillah dapat peluang nak corat coret sikit dalam entry nie. Maybe it just a short entry sebagai perkongsian ilmu.

Alkisahnya, hari minggu yg tak tau ke berapa lepasnya aku hadir modul wajib anjuran fakulti. Fyi tajuk modul tu 'pengurusan dan organisasi kepimpinan'. First impression it will be BORINGGG ! But what a surprise tade lah boring sangat seperti yang disangka. Semua berjalan dengan baik Maybe some part memang boringg kot. First day (sabtu), ape ye ? ohh ya, ade ldk and that evening treasure hunt. Semua tentang kepimpinan dan serba sedikit tentang bangsa melayu kita (patriotik sikit).

TAPI.....tu bukan la nk ceritanya. Nie nk cite nie. Second day ceramah 2 slot. Fikir fikir lupa plak nak bawak earphone. For what ? Ape lg, nak sumbat telinga la konon. Punya la tanak dengar ceramah kan. Ish2. Budak zaman sekarang (tuju untuk diri sendiri jugak). Mungkin dekat situ ada hikmahnya. First slot ? YA ! agak boringgg sikit. The second one ? Di sini lah mungkin hikmahnya. Sebenarnya penceramah nak tunjuk slide but suddenly ada technical problem. Jadi penceramah bercerita apa yang ada di benak fikiran. Dengan baik hati mendengar celoteh penceramah alhamdulillah dapat lah sedikit input.



Apa yang akan kita bisikkan kepada orang yang sedang menghadapi saat saat sakaratul maut ? kalimah syahadah. ya.. mengucap dua kalimah syahadah. 'Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi nabi Muhammad pesuruh Allah'. Sedang nazak ni panjang pulak kita nak suruh dia mengucap. Entah sempat entah tidak. Cuba bayangkan dia hanya sempat melafazkan 'aku bersaksi tiada tuhan yang disembah' dan akhirnya putus lah nafas terakhir dia. Tiada tuhan yang disembah ? macam mana tu ? tiada tuhan ? Jadi sebaik baik nya sebutkan lah kalimah Allah supaya di saat kematiannya Allah berada dalam benaknya dan kata kata terakhir yang sempat dilafazkan dalam mengagungkan Allah sebelum dia mehembuskan nafas terakhir. InsyaAllah, mendapat keredhaan-Nya dan ditempatkan dikalangan hamba hamba-Nya yang beriman. amin..

Dan alhamdulillah tak sia sialah aku menghadirkan diri untuk ceramah tersebut walaupun untuk pertama kalinya agak keberatan. Seandainya Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita :)
Salam ukhuwah :)

p/s : Sedikit penghargaan buat penceramah tersebut puan hajah Siti Aluyah Mohd Ali, kaunselor INTEC Uitm atas ilmu yang dikongsikan bersama.

Feb 14, 2011

Cinta Perlu Sebab Ke ?

Assalamualaikum.

Hey hey hey. Apa khabar hari anda. Apa khabar hati anda. Moga sihat-sihat keduanya. Hari tak sihat masih ada esok insya Allah. Tapi kalau hati tak sihat mungkin kena cepat cepat bawak pegi jumpa doktor esok.


Well, somebody told me to write about love story. What ? What do I say about love story ? Hurm. Maybe I'll start crapping about Love Story In Harvard. Okay maybe not.

Anyway, this is my own-designed questions;

Soalan pertama: Can we fall in love with someone ?
Soalan kedua: Can we fall in love with someone WITHOUT any reason ?
Soalan ketiga: Which one is the most secure. With reason or without reason ?

Ye ye aku tau ni bukan love story. Ni trivia falling in love. Siapa tak penah jatuh cinta angkat hidung. Tengok, sorang pun tak angkat. Kembang kincup adalah. HAHA. Oh well, make sure hidung anda semua sentiasa bersih ye.


Well, bagi aku ketiga tiga soalan tu macam senang je nak jawab. Tapi kalau korang just jawab dengan jawapan yang simple and orang yang bertanya tu puas hati and tak tanya dah takpe la kan. Tapi tak semua orang akan berpuas hati dengan jawapan yang diberi. Mungkin mereka rasa insecure dan hati kecil mereka merasa takut kerana tidak mendapat jawapan yang mereka mahukan.

Jawapan kepada soalan pertama, is, of course la YES. Apa la soalan simple je kan. Itu pun nak tanya. Ntah ape ape. Kenapa jawapan yes? Siapa tau ? Ye pandai, sebab fitrah manusia. Lelaki fitrahnya memerlukan kasih sayang daripada perempuan (bukan keluarganya) and vice versa. Diulangi, lelaki kepada perempuan, perempuan kepada lelaki.

Jawapan kepada soalan kedua, agak mencabar. Dulu pernah baca satu artikel mengisahkan persoalan ini. Tapi tak ingat nak cari balik kat mana. Why do we fall in love with him/her. Why. Do you ever consider to ask yourself why. And why. Dalam artikel tu, mengisahkan pasangan suami isteri yang baru berkahwin, dan isterinya bertanya kepada suaminya tentang mengapa dan kenapa suaminya yang tercinta mencintainya dan menikahinya. Isterinya ini, memanglah cantik, senang cakap memang pakej la. Dan apa yang suaminya jawab kurang disenangi isterinya kerana suaminya menafikan bahawa cantik, baik, dan segala serbi yang 'baik' pada diri isterinya bukanlah sebab atau alasan kenapa dia mencintai isterinya. 


Nak tahu apa jawapan suaminya ? Well, memandangkan aku selalu terdedah kepada gelombang radiasi telefon bimbit sebab selalu bergayut, jadi memori aku agak lemah. Eh, ada koneksi ke ? HAHA. Oh okay, sambung cerita.

Suaminya menjawab yang dia tidak mencintai isterinya kerana kecantikannya, bukan kerana kelembutannya, tidak sekali kerana keayuannya dan yang sewaktu dengannya. Haa mana tak pelik si isteri. Kecantikannya ditolak oleh suaminya. Tapi, hanya ditolak sebagai penyebab dia jatuh cinta la. Mula lah nak merajuk isterinya. Dan kisah selanjutnya aku tak ingat. Tapi apa yang cuba nak disampaikan di sini, suamimya menerangkan yang kalau dia mencintai isterinya bersebab, contohnya sebab kaya, banyak duit, adakah dia masih akan cintakannya apabila isterinya miskin suatu hari nanti ? Jika dia mencintai isterinya kerana kecantikannya, adakah dia akan meninggalkan isterinya apabila tiba suatu masa yakni apabila kecantikan yang dianugerahkan itu pudar atau hilang ? Jika dia mencintai isterinya kerana kebaikan atau budinya, masihkan dia akan mendambakan isterinya sekiranya suatu hari nanti sikap isterinya berubah ? Jadi disini, suaminya telah berjaya memujuk hati isterinya sekaligus mengambil hatinya. Kita tidak perlu sebab yang kukuh untuk menyayangi dan mencintai seseorang. Cukup sekadar yakin bahawa hati kamu menyayanginya.

And for the last question, IDK. Atau dengan ejaan lengkapnya, I honestly do not know and do not care enough to know. Oh yeah. *mukejahat*

Err. And oh, Seriously, honestly, truthfully, aku rasa sangat sangat sangat sangat sangat geli bercerita pasal love-eww-eww-bak-kata-mr k ni. Ewww.

And not to forget, selamat menyambut Maulidur Rasul. Selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

Jan 29, 2011

Apa Nak Buat Kalau Terasa Dengan Kawan?

Assalamualaikum.


Hai semua. Semoga anda semua sihat sihat sejahtera selalu. Insya Allah. Sekarang ini musim hujan dan semestinya musim orang tak sihat sakit selsema demam sana sini. Termasuklah aku, seminggu tak sihat. Sekarang ni ada simptom denggi pulak. Adeih. Harap takda apa apa lah. Okay dah cukup.

Baru baru ni ada permintaan untuk entri pasal sahabat.aka kawan aka friends aka member aka teman. Ala malas la nak cakap panjang panjang. Kalau nak cakap pasal kawan mesti takkan habis punya lah. tapi takpa lah, buat jugak walaupun tak tahu nak merepek cakap apa kat sini. Ha sudah, tadi kata takkan habis banyak sangat konon. HAHA.

Well I'm not a good writer sebab itu lah apa yang difikirkan susah nak disalurkan ke keyboard ni. Okay adakah aku masih akan cakap perihal kawan? Maybe. Maybe not. Definitely maybe.




Sejak masuk tadika lagi, and then sekolah rendah, sekolah menengah, sampailah sekarang di pra-u, telah mengenali bermacam macam jenis kawan. But yet, not an enemy. Baik kan? Okay actually none that I can remember. I hope I have no enemy right now or in future. HOPEFULLY. Sebab tahu jela manusia boleh berubah cuma masa sahaja yang menentukan bila dan di mana dan siapa yang terkena. Kalau nak diiukutkan hati orang yang tak reti nak tahan nafsu marah dan pentingkan diri sendiri dan nak maki je kerjanya, alamatnya memang berderet la nama my enemy not-so-good-friend or not-a-friend or was-my-best-friend.

Hoo yeass, memang banyak kali pernah terasa dengan gelagat teman teman ku ( I ada ramai kawan okay so jangan la terasa pulak U ye) tak kira masa sebab aku memang seorang yang kuat terasa cuma tak suka nak tunjuk dan zahirkannya. Tapi siapa yang tahu kalau batin kita sedang terjerit terseksa kan. Okay kadang itu memang ter-zahir-kan jugak lah yela nak buat macam mana dah ter kan. Reflex action. Bila dizahirkan mungkin si dia menyedarinya tapi kalau yang tak sedar jugak memang lampi lah gamaknya. *tapi kadang I pun lampi jugak. hee* Dah buat orang terasa buat buat tak sedar innocent pulak kan. Kalau kes macam ini memang sangat biasa dalam kalangan teman-teman-se-geng atau kami-satu-kumpulan. Atau yang takde geng pun boleh jugak terasa. Contohnya aku.




Selalu nya bila dah terasa tu aku buat tak tahu je biarlah perasaan itu berlalu pergi dibawa angin masa. Jangan sesekali buat keputusan mendadak bila dah terasa dengan someone. Sebab pada masa itu fikiran korang memang sedang tak rasional disebabkan certain hormone yang di-secrete-kan ketika itu. Hormone apa ye, tak buat research lagi la. Hee. So, kalau masa itu terfikir nak kenakan dia habis habisan ke nak malukan dia ke nak putus kawan ke, just cut it out okay. Nanti diri sendiri yang menyesal tak sudah, padan muka kan.

Well, biasala sekali sekala kita terasa. Esok lusa kita buat dia terasa pulak. Yang korang buat membe korang terasa tu ada kira tak berapa kali yang tersedar. Yang tak sedar? And thats why we need forgiveness in friendship. Like A LOT. Even when not asked for. Faham? Sebab manusia ini memang akan selalu buat kesilapan yang tak tersangka oleh diri sendiri. Bila tersedar itu barulah nak melatah.

Sometimes kita rasa sangatlah sedih dengan gelagat teman kita tu dengan apa yang dia buat. Dahla tengah pms mood swing kawan pulak buat hal. Memang nak jadi Goku je rasa kan. Haha. Oh well, dunia ini memang mencabar dan sebab itu kita kena banyak bersabar. Macam bersabar tunggu bila nak kahwin habis exam. Kan.

Friendship is that when we have the tendency to desire what is best for other. I bet everybody feels that. If not, YOU are not a normal human being.



Jan 26, 2011

When You Tell Me That You Love Me

Assalamualaikum


I wanna call the stars down from the sky
I wanna live a day that never dies
I wanna change the world only for you
All the impossible I wanna do

I wanna hold you close under the rain
I wanna kiss your smile and feel the pain
I know what's beautiful looking at you
In a world of lies you are the truth

And baby
Everytime you touch me I become a hero
I'll make you safe no matter where you are
And bring you everything you ask for
Nothing is above me
I'm shining like a candle in the dark
When you tell me that you love me

I wanna make you see just what I was
Show you the loneliness and what it does
You walked into my life to stop my tears
Everything's easy now I have you here

And baby
Everytime you touch me I become a hero
I'll make you safe no matter where you are
And bring you everything you ask for
Nothing is above me
I'm shining like a candle in the dark
When you tell me that you love me

In a world without you
I would always hunger
All I need is your love to make me stronger

And baby
Everytime you touch me I become a hero
I'll make you safe no matter where you are
And bring you everything you ask for
Nothing is above me
I'm shining like a candle in the dark
When you tell me that you love me

You love me
When you tell me that you love me 


Hurm. Terlalu berbunga. Tak mampu kot.

I love you. My mum, my family, my besties forever, my first love.


And the most important, I love Allah and His Messenger, Prophet saw.

Jan 17, 2011

Jangan Pernah Mengeluh

Assalamualaikum.


Penat aku perah otak cari idea nak tulis apa kali ini tapi malangnya tak jumpa jugak. Sedih. Lalu dengan mengharapkan yang sedih aku akan hilang dengan sendirinya, maka aku pun mengklik klik tetikus ku tanpa arah tuju ke dalam folder hard disk ku. Memang bersepah file yang tidak aku gunakan dalam tu. Nak padam malas, nak taknak kenalah bersabar atas kemalasan sendiri. Bukan apa, kalau nak start clearkan unused item memang akan ambil masa yang lama dan tut tut dah petang, tut tut dah malam. Dan barulah perasan yang homework lecturer bagi tak buat lagi dan esok ada kelas. Heh. 

Tapi sekali setengah tahun ada jugak lah gunakan CCleaner. Itupun ayah yang membebel suruh sebab dia tengok space disk ku sangatlah mantap nak penuh dengan benda merepek dan tak berfaedah. Oh well, itu tak penting. Asalkan aku dan lappy ku bahagia. Kan sayang kan. Hee. *terbatuk pulak*


Pernah tak korang rasa sangat sangat lah down atau depress yang amat dan tak terkecuali mengeluh dengan situasi korang dan mulalah nak salahkan orang tu salahkan orang ini. Pada korang itu semua salah mereka, korang tak salah langsung. Sebab selalu itulah yang dialami oleh aku sendiri. Yelah, aku kan budak baik, tak pernah salah. Okay tipu.

Kadang masalah yang datang bertimpa timpa dan tak putus putus. Lepas satu dua, lepas tu empat lepas tu rasa macam korang jela yang ada masalah kat dunia ni orang lain bahagia bagai nak rak. Kan. Mesti punya lah. Bila situasi ini datang, mesti otak korang ligat berfikir dan mempersoalkan kenapa ini semua terjadi, kenapa aku kenapa tak budak tu, budak tu kan suka buli aku. Tapi korang mungkin tak sedar di sebalik semua dugaan yang datang tu ada hikmah disebaliknya walaupun susah nak nampak kadang kadang. Jangan pernah menyalahkan takdir atas apa yang berlaku pada korang semua. Never. Sebab apa? 


Well, don't ask me. 

Dalam Quran, semua perkara ni telah dijelaskan dengan terang lagi nyata. Jadi, tanyalah pada Quran, kerana Quran adalah kalam Allah iaitu kata kata Allah. Kita selalu bertanya kenapa aku diuji sedimikian? kenapa aku tak dapat yang aku idam idamkan? kenapa ujian seberat ini? kenapa rasa frust? bagaimana harus aku menghadapinya? apa yang aku dapat daripada semua ini? kepada siapa aku berharap? aku tak dapat tahan semua ini!

Al Quran menjawab semua pertanyaan anda. Jangan terkejut.

Kenapa aku diuji sedimikian?
QURAN MENJAWAB: Surah Al-Ankabut ayat 2-3
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta." 

Kenapa aku tak dapat seperti apa yang aku idamkan?
QURAN MENJAWAB : Surah Al-Baqarah ayat 216 
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." 


Kenapa ujian seberat ini?
QURAN MENJAWAB : Surah Al-Baqarah ayat 286 
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." 

Kenapa rasa frust?
QURAN MENJAWAB : Surah Al-Imran ayat 139 
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." 

Bagaimana harus aku menghadapinya?
QURAN MENJAWAB : 
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." 

QURAN MENJAWAB LAGI: Surah Al-Baqarah ayat 45 
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan 
sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" 


Apa yang aku dapat daripada semua ini?
QURAN MENJAWAB : Surah At-Taubah ayat 111 
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..."

Kepada siapa aku berharap?
QURAN MENJAWAB : Surah At-Taubah ayat 129 
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakal." 

Aku tak dapat tahan lagi!
QURAN MENJAWAB : Surah Yusuf ayat 12 
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." 

Subhanallah.

Soal jawab ini sumbernya aku dapat dari dalam local disk laptop ku sendiri. Tak sedar sejak bila ada. Siapa yang letakkan? Hurm.


Saja nak buat entry islamic sekali sekala :)

Nak Kahwin

Assalamualaikum.

Hai anda semua. Betapa indahnya suasana pagi petang ini yang hening dan indah lebih lebih lagi jika anda baru sahaja terjaga dari tidur petang berselam mimpi indah bersama kekasih hati orang tersayang disebabkan bunyi kuat dan bising yang tiba tiba yang dihasilkan oleh manusia yang berada berdekatan anda. KAN. Oh well, anda mestilah terjaga dari tidur sambil bernyanyi nyanyi kegumbiraan kan. Dan saat itu jugalah idea datang mencurah curah sampai nak basah katil anda - sebab tiba tiba botol air muncul kat tepi di saat yang memerlukan - kerana anda hampir hampir nak simbah air ke arah yang berkenaan. Eh, saya tak buat macam tu, saya kan budak baik.

Okay, enough merepek pasal jaga dari tidur. Apa yang disampaikan di sini ialah saya tak puas hati sebab saya tengah mimpi baikk punya masa tidur tadi sampaikan bila terjaga terus call orang yang paling hampir dengan orang berkenaan untuk beritahu hal tersebut. Oh sangatlah immature. But, who cares.

Bila giliran ku ni. hurm

Pernah terfikir tak suatu hari nanti anda akan berkahwin dan mempunyai anak - lebih spesifik anak perempuan - dan suatu hari anda perlu mengahwinkan anak anda? Hahh tiba tiba kahwin terus fikir nak dapat anak dan risau pasal masa depan dia pulak kan. Tak logik yang sangat ekstrem dan tak mustahil. Anda mesti tengah congak congak nak letak berapa nilai hantaran kat anak anda yang belum pun terfikir nak lahir kat dunia ini sebab ayah dia pun takde lagi itu kan. Dan di pihak yang lain terdengarlah dialog mencongak dan mengira wang hantaran yang perlu disediakan pula.

" Kak Ani, berapa mak si Jijah tu nak letak harga hantaran anak dia agak agaknya ya? "

" Mana lah aku tau Anis. Anak dia, bukan anak aku. Jangan dia gatal letak hantara tinggi tinggi sudah, menangis nak mencari nanti. Dahla si Fahmi tu nak nak sangat sangat kat si Jijah tu sampai merengek merengek suruh dikahwinkan, "

Okay ini sangat over. seriously

Begitulah dilemma yang perlu dihadapi oleh setiap bakal pengantin lelaki dan juga keluarganya. Oh ya, soalan tadi kalau anda nak kahwinkan anak perempuan kan. Jadi, berapa harga yang akan anda letak nanti? Tinggi kah? Rendah kah? Mercedes the latest sebijik kah ? Ikut trend kah? Free kah? 

Kalau saya, saya nak Audi. HAHA kidding.

Hey wait. siapa yang nak kahwin ini, anak ke mak? Ke ayah.