Jan 17, 2011

Nak Kahwin

Assalamualaikum.

Hai anda semua. Betapa indahnya suasana pagi petang ini yang hening dan indah lebih lebih lagi jika anda baru sahaja terjaga dari tidur petang berselam mimpi indah bersama kekasih hati orang tersayang disebabkan bunyi kuat dan bising yang tiba tiba yang dihasilkan oleh manusia yang berada berdekatan anda. KAN. Oh well, anda mestilah terjaga dari tidur sambil bernyanyi nyanyi kegumbiraan kan. Dan saat itu jugalah idea datang mencurah curah sampai nak basah katil anda - sebab tiba tiba botol air muncul kat tepi di saat yang memerlukan - kerana anda hampir hampir nak simbah air ke arah yang berkenaan. Eh, saya tak buat macam tu, saya kan budak baik.

Okay, enough merepek pasal jaga dari tidur. Apa yang disampaikan di sini ialah saya tak puas hati sebab saya tengah mimpi baikk punya masa tidur tadi sampaikan bila terjaga terus call orang yang paling hampir dengan orang berkenaan untuk beritahu hal tersebut. Oh sangatlah immature. But, who cares.

Bila giliran ku ni. hurm

Pernah terfikir tak suatu hari nanti anda akan berkahwin dan mempunyai anak - lebih spesifik anak perempuan - dan suatu hari anda perlu mengahwinkan anak anda? Hahh tiba tiba kahwin terus fikir nak dapat anak dan risau pasal masa depan dia pulak kan. Tak logik yang sangat ekstrem dan tak mustahil. Anda mesti tengah congak congak nak letak berapa nilai hantaran kat anak anda yang belum pun terfikir nak lahir kat dunia ini sebab ayah dia pun takde lagi itu kan. Dan di pihak yang lain terdengarlah dialog mencongak dan mengira wang hantaran yang perlu disediakan pula.

" Kak Ani, berapa mak si Jijah tu nak letak harga hantaran anak dia agak agaknya ya? "

" Mana lah aku tau Anis. Anak dia, bukan anak aku. Jangan dia gatal letak hantara tinggi tinggi sudah, menangis nak mencari nanti. Dahla si Fahmi tu nak nak sangat sangat kat si Jijah tu sampai merengek merengek suruh dikahwinkan, "

Okay ini sangat over. seriously

Begitulah dilemma yang perlu dihadapi oleh setiap bakal pengantin lelaki dan juga keluarganya. Oh ya, soalan tadi kalau anda nak kahwinkan anak perempuan kan. Jadi, berapa harga yang akan anda letak nanti? Tinggi kah? Rendah kah? Mercedes the latest sebijik kah ? Ikut trend kah? Free kah? 

Kalau saya, saya nak Audi. HAHA kidding.

Hey wait. siapa yang nak kahwin ini, anak ke mak? Ke ayah.




No comments: