Apr 14, 2011

Ingat ALLAH :)

Assalamualaikum..

Yeah. Alhamdulillah dapat peluang nak corat coret sikit dalam entry nie. Maybe it just a short entry sebagai perkongsian ilmu.

Alkisahnya, hari minggu yg tak tau ke berapa lepasnya aku hadir modul wajib anjuran fakulti. Fyi tajuk modul tu 'pengurusan dan organisasi kepimpinan'. First impression it will be BORINGGG ! But what a surprise tade lah boring sangat seperti yang disangka. Semua berjalan dengan baik Maybe some part memang boringg kot. First day (sabtu), ape ye ? ohh ya, ade ldk and that evening treasure hunt. Semua tentang kepimpinan dan serba sedikit tentang bangsa melayu kita (patriotik sikit).

TAPI.....tu bukan la nk ceritanya. Nie nk cite nie. Second day ceramah 2 slot. Fikir fikir lupa plak nak bawak earphone. For what ? Ape lg, nak sumbat telinga la konon. Punya la tanak dengar ceramah kan. Ish2. Budak zaman sekarang (tuju untuk diri sendiri jugak). Mungkin dekat situ ada hikmahnya. First slot ? YA ! agak boringgg sikit. The second one ? Di sini lah mungkin hikmahnya. Sebenarnya penceramah nak tunjuk slide but suddenly ada technical problem. Jadi penceramah bercerita apa yang ada di benak fikiran. Dengan baik hati mendengar celoteh penceramah alhamdulillah dapat lah sedikit input.



Apa yang akan kita bisikkan kepada orang yang sedang menghadapi saat saat sakaratul maut ? kalimah syahadah. ya.. mengucap dua kalimah syahadah. 'Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi nabi Muhammad pesuruh Allah'. Sedang nazak ni panjang pulak kita nak suruh dia mengucap. Entah sempat entah tidak. Cuba bayangkan dia hanya sempat melafazkan 'aku bersaksi tiada tuhan yang disembah' dan akhirnya putus lah nafas terakhir dia. Tiada tuhan yang disembah ? macam mana tu ? tiada tuhan ? Jadi sebaik baik nya sebutkan lah kalimah Allah supaya di saat kematiannya Allah berada dalam benaknya dan kata kata terakhir yang sempat dilafazkan dalam mengagungkan Allah sebelum dia mehembuskan nafas terakhir. InsyaAllah, mendapat keredhaan-Nya dan ditempatkan dikalangan hamba hamba-Nya yang beriman. amin..

Dan alhamdulillah tak sia sialah aku menghadirkan diri untuk ceramah tersebut walaupun untuk pertama kalinya agak keberatan. Seandainya Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita :)
Salam ukhuwah :)

p/s : Sedikit penghargaan buat penceramah tersebut puan hajah Siti Aluyah Mohd Ali, kaunselor INTEC Uitm atas ilmu yang dikongsikan bersama.

2 comments:

Fiqah said...

tetibe thrill nampak nama intec uitm disitu. hee

nice. just nice. :)

lenkali jgn malas2 nak g ceramah pape..heheh i pun camtu gak. huu

bila said...

haha. insyaAllah

thanx :)