Dec 10, 2010

Wayang oh wayang.

Assalamualaikum.

Hai cik puan belog, mintak maap sebab lama tak layan awak. Saya tak ada masa campur tak ada idea campur malas. Maaf dipinta cik puan belog ye.

Missing. Regrets.

Hai you all. Hari ni aku saya sedih. Kenapa saya sedih? Sebab saya tak gembira. Oh well, itu semua tak penting untuk diceritakan. Untuk mengubati sedih saya ni, entri kali ni nak ceritakan serba serbi tentang apa yang apa yang dilalui Khamis 9 hb Disember yang lalu.

Kalau ada yang tertanya kenapa kali ni saya gunakan 'saya' tapi bukan 'aku', itu juga tak penting sebab terasa nak bersopan dan berjiwa lembut sekejap.

Anda semua dah tonton Rapunzel (Tangled ) dan The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader (3D) ? Kalau belum cepat lah booking tiket atau beli advance terus. Memang susah nak dapat tiket untuk cerita tersebut. Tapi itu semua cerita Khamis lepas lah. Tapi saya bernasib baik kerana berpeluang menontonnya. *skema disitu*.

A lovely story, seriously.

Rapunzel (Tangled ). Tiket hari Khamis pukul 2.35 petang di TGV Kinta City. Harga tiket RM 13. Couple/twin seat. Duduk dengan siapa ? Ehem ehem. Jangan buruk sangka, tak baik ! Beli twin seat sebab seat full, itupun beli online dan dibeli bukan oleh saya. bagaimana keadaan twin seat tersebut ? Dua baris twin seat yang sama level. Boleh bayangkan ? Ya. Kami duduk di seat yang dibelakang sekali. Dan paras twin seat di hadapan memang mengganggu view. Erghh. Terpaksa meninggikan kepala untuk dapatkan view yang memuaskan. But nevermind, dah ada dalam panggung. Just stop complaint and watch.

Rupa-rupanya panggung tersebut penuh dengan penonton bawah umur yang sangat bawah. Mungkin tadika kali. Mungkin rombongan kali. Dalam hati, jangan lah mereka ni buat bising dalam panggung. Tapi tak dinafikan memang agak terganggu dengan pergerakan sekumpulan demi sekumpulan mereka keluar panggung pergi melaksanakan hajat ditemani pengiring.

Okay, berbalik kepada Rapunzel: Tangled. Mengisahkan puteri raja (Rapunzel) yang diculik semasa masih bayi oleh Gothel, perempuan tua yang inginkan kuasa ajaib yang dimiliki oleh si kecil Rapunzel melalui rambut emasnya. Kuasa apa ya ? Pergi tonton sendiri. Dan dia (Rapunzel) dibesarkan oleh Gothel dan si kecil itu menganggap Gothel sebagai ibunya. Dan bermulalah kisah pengembaraan apabila........ ala, lupa lah. Hehe.

Cerita ini memang boleh tahan animasinya. Padat dengan aksi lucu tak kering gusi Maximus, si kuda diraja.

HAHA. Comel.

Not to forget, sesumpah si Rapunzel yang kiut miut. Kecil tapi besar pengaruhnya.


And lagi, rambut si Rapunzel ni memang tersangat panjang lah I tell you. Maklum dengan usianya 18 tahun dan tak pernah potong rambut kan.


Memang rugi kalau tak tengok. Oh well, ini sahaja lah yang mampu diceritakan. Malas plus Disney Pictures tak bayar untuk buat iklan. Kalau nak tahu, pergi lah tonton ya. Tak rugi. I promised that. *hanya bagi peminat watak Disney dan animasi kartun Disney dan masih berjiwa anak kecil*

The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader (3D)



Tiket pukul 5.40 petang di TGV Kinta City yang berharga RM 24 seorang. Aduss. Nasib baik ada kakak baik hati belanja. *dua-dua cerita tau* Ya, couple/twin seat juga. Duduk dengan orang yang sama. Ehem ehem. Okay, kali ini twin seat dia agak selesa kerana setiap baris tidak pada level yang sama. There's small elevation between front and back row. Nasib baik.


3D. Memang first time tonton dalam 3D. Agak jakun disitu. Mula-mula nak pakai memang pelik dan banyak complaint. Yelah, dah la nak pakai spec rabun ku, nak pakai spec 3D yang berat dan besar tu lagi. Bayangkan kepenyekan yang dialami. Kadang tu nak bernafas pun susah sebab spec 3D tu tekan saluran hidung bagi lagi narrow. Huh. Tapi apakan daya, kalau tak pakai tak nampak clear. 3D movies without 3D specs is blurred !


However, kualiti imej 3D yang ditonjolkan memang mengujakan. *jakun disitu lagi* Terasa bagaikan there's Narnia world behind the big screen. Whoah.


Narnia is awesome


The Chronicles of Narnia. Dua sequel pertama Narnia memang best dan mengujakan. I like those kind of movies. Action and fantasy. Sequel ketiga ini pun best dan best dan awesome. Tak percaya pergi tonton.


Antara babak akhir

Oh and I don't read the books. Don't like reading.

P/s: I miss Peter. And Susan.