Feb 14, 2011

Cinta Perlu Sebab Ke ?

Assalamualaikum.

Hey hey hey. Apa khabar hari anda. Apa khabar hati anda. Moga sihat-sihat keduanya. Hari tak sihat masih ada esok insya Allah. Tapi kalau hati tak sihat mungkin kena cepat cepat bawak pegi jumpa doktor esok.


Well, somebody told me to write about love story. What ? What do I say about love story ? Hurm. Maybe I'll start crapping about Love Story In Harvard. Okay maybe not.

Anyway, this is my own-designed questions;

Soalan pertama: Can we fall in love with someone ?
Soalan kedua: Can we fall in love with someone WITHOUT any reason ?
Soalan ketiga: Which one is the most secure. With reason or without reason ?

Ye ye aku tau ni bukan love story. Ni trivia falling in love. Siapa tak penah jatuh cinta angkat hidung. Tengok, sorang pun tak angkat. Kembang kincup adalah. HAHA. Oh well, make sure hidung anda semua sentiasa bersih ye.


Well, bagi aku ketiga tiga soalan tu macam senang je nak jawab. Tapi kalau korang just jawab dengan jawapan yang simple and orang yang bertanya tu puas hati and tak tanya dah takpe la kan. Tapi tak semua orang akan berpuas hati dengan jawapan yang diberi. Mungkin mereka rasa insecure dan hati kecil mereka merasa takut kerana tidak mendapat jawapan yang mereka mahukan.

Jawapan kepada soalan pertama, is, of course la YES. Apa la soalan simple je kan. Itu pun nak tanya. Ntah ape ape. Kenapa jawapan yes? Siapa tau ? Ye pandai, sebab fitrah manusia. Lelaki fitrahnya memerlukan kasih sayang daripada perempuan (bukan keluarganya) and vice versa. Diulangi, lelaki kepada perempuan, perempuan kepada lelaki.

Jawapan kepada soalan kedua, agak mencabar. Dulu pernah baca satu artikel mengisahkan persoalan ini. Tapi tak ingat nak cari balik kat mana. Why do we fall in love with him/her. Why. Do you ever consider to ask yourself why. And why. Dalam artikel tu, mengisahkan pasangan suami isteri yang baru berkahwin, dan isterinya bertanya kepada suaminya tentang mengapa dan kenapa suaminya yang tercinta mencintainya dan menikahinya. Isterinya ini, memanglah cantik, senang cakap memang pakej la. Dan apa yang suaminya jawab kurang disenangi isterinya kerana suaminya menafikan bahawa cantik, baik, dan segala serbi yang 'baik' pada diri isterinya bukanlah sebab atau alasan kenapa dia mencintai isterinya. 


Nak tahu apa jawapan suaminya ? Well, memandangkan aku selalu terdedah kepada gelombang radiasi telefon bimbit sebab selalu bergayut, jadi memori aku agak lemah. Eh, ada koneksi ke ? HAHA. Oh okay, sambung cerita.

Suaminya menjawab yang dia tidak mencintai isterinya kerana kecantikannya, bukan kerana kelembutannya, tidak sekali kerana keayuannya dan yang sewaktu dengannya. Haa mana tak pelik si isteri. Kecantikannya ditolak oleh suaminya. Tapi, hanya ditolak sebagai penyebab dia jatuh cinta la. Mula lah nak merajuk isterinya. Dan kisah selanjutnya aku tak ingat. Tapi apa yang cuba nak disampaikan di sini, suamimya menerangkan yang kalau dia mencintai isterinya bersebab, contohnya sebab kaya, banyak duit, adakah dia masih akan cintakannya apabila isterinya miskin suatu hari nanti ? Jika dia mencintai isterinya kerana kecantikannya, adakah dia akan meninggalkan isterinya apabila tiba suatu masa yakni apabila kecantikan yang dianugerahkan itu pudar atau hilang ? Jika dia mencintai isterinya kerana kebaikan atau budinya, masihkan dia akan mendambakan isterinya sekiranya suatu hari nanti sikap isterinya berubah ? Jadi disini, suaminya telah berjaya memujuk hati isterinya sekaligus mengambil hatinya. Kita tidak perlu sebab yang kukuh untuk menyayangi dan mencintai seseorang. Cukup sekadar yakin bahawa hati kamu menyayanginya.

And for the last question, IDK. Atau dengan ejaan lengkapnya, I honestly do not know and do not care enough to know. Oh yeah. *mukejahat*

Err. And oh, Seriously, honestly, truthfully, aku rasa sangat sangat sangat sangat sangat geli bercerita pasal love-eww-eww-bak-kata-mr k ni. Ewww.

And not to forget, selamat menyambut Maulidur Rasul. Selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.